Mahathir Dah Lupa Ke Beliau Sendiri Jumpa Geely Pada 2014

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengkritik pembelian 49.9 peratus kepen­tingan dalam Proton Holdings Bhd. (Proton) oleh Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd (Geely) dengan alasan Proton tidak lagi menjadi kereta nasional.

“Ia dah jadi kereta asing, dan kita kehilangan satu ikon negara,” katanya dalam ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau juga memainkan sentimen emosi dengan menyatakan seolah-olah hilang anak kerana beliau yang merintis kelahiran Proton.

Namun agaknya bekas Perdana Menteri itu terlupa bahawa beliau pernah ke China pada 2014 untuk cuba meyakinkan Geely untuk menjadi rakan kongsi kepada Proton.

Ketika itu beliau masih menjadi pengerusi Proton.

 

Dalam pertemuan itu, yang dilaporkan oleh http://asia.nikkei.com bertarikh June 13, 2014, Mahathir yang turut diiringi oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary telah bertemu dengan ahli politik dan tokoh perniagaan China.

Jadi, persoalannya adakah Mahathir sudah terlupa. Kenapa apabila perjanjian itu ditandatangani maka Datuk Seri Najib Tun Razak pula yang dipersalahkan?

Hakikatnya, beliau sendiri tahu bahawa Proton yang kini sedang ‘sakit’ memerlukan suntikan bagi meneruskan kelangsungan hidup, apatah lagi sudah banyak kali kerajaan memberikan suntikan kepadanya.

Kelmarin, DRB-Hicom mencapai persetujuan de­ngan Geely bagi mem­boleh­kan syarikat itu mengambil alih sebanyak 49.9 peratus saham dalam Proton, selain keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta dari Britain, Lotus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.