Ariana Grande Mahu Ke Manchester Buat Konsert Kumpul Dana Mangsa

NEW YORK – Penyanyi Ariana Grande telah berikrar untuk kembali ke Manchester, England, untuk mengadakani konsert untuk mengumpul dana untuk mangsa-mangsa dalam serangan pengeboman maut semasa konsertnya di Manchester Isnin lalu.

Menurut AP, dalam satu kenyataan bernada tegas dan emosi, bintang pop muda menulis kepada peminatnya, berkata “kita tidak akan membiarkan benci menang” dan “kita tidak akan membiarkan ini memecahbelahkan kita.

” Grande memohon maaf bagi sebarang kesakitan timbul dan menawarkan untuk “memberi bantuan dan hati saya sebolehnya kepada anda semua.”

Bagaimanapun, dia tidak mengumumkan tarikh untuk konsert itu.

“Mereka (mangsa) akan berada di fikiran saya dan dalam hati saya setiap hari dan saya akan memikirkan mereka dengan semua yang saya lakukan untuk sepanjang hidup saya,” tulis Grande.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.