DAP Tunjuk Sikap Anti Islam – Abdul Hadi

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas DAP yang membantah usaha beliau membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah dalam Sidang Dewan Rakyat semalam.

 

Abdul Hadi yang kesal dengan tindakan DAP itu turut menyifatkan parti tersebut sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam.

 

Malah jelas beliau, tindakan serta pendekatan ditunjukkan DAP itu berbeza dengan parti bukan Islam lain antaranya MCA, MIC dan Gerakan yang masih mempunyai adab bagi menghormati Islam dan penganutnya.

 

“Kami rasa kesal kerana DAP menunjukkan sikap anti-Islam. Terang-terang saya sebut di sini, DAP anti-Islam, mereka nak memusuhi orang Islam. Tidak beradab dengan orang Islam.

 

“MCA, Gerakan, MIC dan banyak parti bukan Islam lain (mungkin) tidak setuju (dengan usul) tapi mereka ada adab. Tapi DAP tidak tunjuk adab. Dia melenting dan terus menentang apa yang berkaitan orang Islam, (sedangkan) tidak berkaitan dengan dia pun,” katanya.

 

Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) di Rusila dekat sini hari ini sejurus selesai mengadakan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan pejabat berkenaan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.