Video: Afdlin Shauki Jual Gula-Gula Tarik Di Korea

Kuala Lumpur – Kegigihan Afdlin Shauki yang sedang menunjukkan kemahirannya membuat gula-gula tarik mendapat perhatian pengguna media sosial yang ditunjukkan dalam sebuah video di Facebook.

 

Video yang berdurasi 2 minit 15 saat itu dimuat naik Ekyn Tour & Vacation, yang merupakan agensi syarikat pelancongan, memperlihatkan kepetahan Afdlin yang pandai berjenaka dalam bahasa Melayu.

 

 

Difahamkan, lokasi perniagaannya terletak di Pasar Namdaemon, di Seoul.

 

“This is Madu. M-A-D-U..Madu. Saya pandai, saya comel,” kata Afdlin disusuli dengan gelak ketawa.

 

Ketika ditanya mengenai namanya, dia menjawab: “Afdlin Shauki.”

 

Dalam pada itu, pelakon dan pengarah filem, Afdlin Shauki dalam status di Facebooknya menganggap perkara itu sangat kelakar apabila ada orang Korea mengaku seperti nama dirinya.

 

Namun, Afdlin berharap akan berkunjung ke Korea untuk bertemu dan membeli gula-gula pemuda itu.

 

“Kelakar orang Korea mengaku Afdlin Shauki.

 

“Terbaik satu hari aku cari mamat Korea ni beli gula-gula dia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.