Netizen Sokong Sekatan Kemasukan Aktivis Hong Kong

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas pihak Imigresen Malaysia menyekat kemasukan aktivis jalanan Hong Kong Wong Chi Fung atau lebih dikenali sebagai Joshua Wong dari memasuki negara ini mendapat reaksi positif pelbagai pihak.

 

Tinjauan SuaraTV di kebanyakan portal berita dan blog mendapati sebahagian besar komen oleh pembaca mengecam dan mempersoalkan motif pihak penganjur menjemput Joshua yang terkenal dengan revolusi jalanan di Hong Kong itu.

 

“Agenda tersembunyi, siapakah yang dimaksudkan menjemput tu? Ada tak menambah, tiada lagi baik,” tulis seorang pembaca , Indra Putra.

 

Nada yang sama disuarakan oleh seorang individu lain yang dikenali sebagai, Ijam Putera.

 

“Tak payah kacau negara orang. Pandailah rakyat (Malaysia) sendiri yg uruskan.

 

“Ni macibai mana (yang) jemput dia datang malaysia nie. Yang jemput (Joshua) pun memang bangsat,” ujarnya.

 

Seorang netizen lain pula menyuarakan rasa tidak senangnya dengan cubaan membawa orang luar menyebarkan ideologi mereka ke negara ini.

 

“Memang aku tak suka kalau ada org luar masuk negara, bawa ideologi dan fahaman yang boleh meruntuhkan negara (ini).

 

“Kenapa mesti dia datang ke sini? Untuk apa?,” tulis seorang netizan yang menggunakan nama pena Pahlawan Tuah.

 

Semalam Joshua Wong yang baru tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang pada pukul 11.50 pagi disekat oleh pihak Imigresen selepas mendapati namanya berada dalam senarai hitam dari memasuki Malaysia.

 

“Pegawai Imigresen yang bertugas terpaksa melaksanakan proses pengurusan penolakan kemasukan warganegara asing itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan,” jelas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim dalam satu kenyataan semalam.

 

Joshua kemudiannya dihantar pulang ke Hong Kong dengan menaiki penerbangan KA634 pada pukul 12.50 tengahari hari yang sama.

 

Aktivis tersebut dijemput oleh pihak tertentu di negara ini untuk mempromosikan demonstrasi berdarah Tiananmen 1989 di China dan revolusi payung 2014 di Hong Kong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.