FAM Tunggu Jawapan AFC Berhubung Isu Visa Pemain Import Pahang

Kuala Lumpur – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menunggu keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.

 

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Jawatankuasa Tatatertib AFC berhubung perkara tersebut empat hari lepas.

 

“Isu Pahang, kita telah menghantar surat kepada AFC dan menyatakan pendirian kita seiring dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tentang masalah visa tiga pemain import mereka.

 

“Saya difahamkan pegawai perlawanan juga mengalami perkara sama. Jawatankuasa itu akan membuat keputusan mungkin hari ini atau esok dan AFC akan memaklumkan keputusan itu,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

 

Sabtu lalu, setibanya di Jakarta, skuad Pahang terkejut apabila menghadapi masalah visa membabitkan tiga daripada empat pemain import mereka.

 

Tiga pemain itu ialah Dickson Nwakaeme, Damion Stewart dan Zesh Rehman, manakala Matias Conti serta pemain tempatan tidak menghadapi masalah visa.

 

Susulan itu, PBNP telah mengarahkan Pahang, yang juga naib juara Kumpulan G, pulang.

 

Pahang sepatutnya dijadualkan menentang kelab Indonesia itu di Stadium Mandala, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.