Prayuth Secara Rasmi Disahkan Tadbir Thailand

BANGKOK 27 Mei – Junta tentera baharu Thailand, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha (Gambar)kelmarin menyatakan bahawa beliau secara rasmi disahkan oleh raja sebagai ketua majlis tentera yang akan mentadbir negara tersebut dan memberi amaran akan menggunakan kekerasan jika bantahan politik berkembang semula.

Prayuth yang mula berkuasa pada 22 Mei, berkata, tentera akan memulihkan semula keadaan selepas tujuh bulan demonstrasi jalanan yang membawa maut berleluasa berlaku di jalan utama di Thailand.

Pihak tentera telah bertindak menangkap sejumlah ahli politik, aktivis dan ramai lagi untuk siasatan lanjut.

“Anda mahu kembali kepada keadaan seperti sebelum ini? Jika ya, saya akan menggunakan kekerasan dan melaksanakan undang-undang yang tegas. Anda perlu memaafkan mana-mana langkah yang tegas itu kerana ia perlu mengikut keadaan,” kata Prayuth dalam satu kenyataan di televisyen. – Agensi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.