Paksa Bergambar, Dyana Sofea Dimalukan Pengundi Teluk Intan

Teluk Intan – Tindakan calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud yang cuba memaksa pengundi untuk bergambar dengannya terpaksa menanggung malu, apabila mereka enggan dan menolak perlawaan tersebut.

Kejadian yang berlaku di ketika program ‘walkabout’ yang diadakan parti itu pada pukul 10.00 pagi semalam, turut disaksikan oleh sebilangan petugas media yang hadir membuat liputan program yang diadakan pada sebelah pagi itu.

Dalam kejadian yang memalukan itu Dyana bersama rombongannya yang turut diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang berulang kali mempelawa seorang wanita Melayu yang merupakan pekerja di salah sebuah kedai agar bergambar dengannya.

“Marilah bergambar dengan saya” ujarnya kepada wanita yang juga merupakan pekerja kedai di Menara Condong, Teluk Intan.

Menurut petugas media yang hadir membuat liputan, ketika kejadian tersebut calon DAP itu seolah-olah cuba memaksa mereka yang ditemuinya untuk bergambar bagi menunjukkan kononnya dia seorang calon yang mesra.

“Mai laa bergambar dengan saya” ujar Dyana berkali-kali sebelum terpaksa berlalu pergi dengan perasaan malu.

Salah seorang petugas media yang ditemui turut mengatakan, tindakan Dyana itu benar-benar memalukan dan dilihat seperti orang yang terdesak.

“Kelakar pun ada, Dyana nampak macam orang yang sedang terdesak sangat.

“Berkali-kali dia ajak makcik itu untuk bergambar dengannya, tapi makcik tetap tolak” katanya.

9 thoughts on “Paksa Bergambar, Dyana Sofea Dimalukan Pengundi Teluk Intan

  • May 27, 2014 at 12:58 pm
    Permalink

    malu tapi mahu…takut pun ada…yang penting jangan terpengaruh dengan ‘khabar angin’…good luck!

    Reply
  • May 27, 2014 at 5:53 pm
    Permalink

    Cerita paling bodoh aku pernah dengar. Setakat sorang makcik je yang reject nak ambik gambar pun nak jadi berita ke? Dah takde modal lain kot.

    Reply
  • May 27, 2014 at 7:46 pm
    Permalink

    sebenatnya makcik tu yg nk glamor..blh masuk berita…tghari td aku mkn di restoran Gulam Rasul…kebetulan Dyana dan beberapa org yg lain mkn disitu…lepas 1 ke 1 org minta bergambar termasuk la beberapa anggota polis peronda yg kebetulan mkn disitu…naik seronok plak aku tgk….sampai dia nk mkn pon tergesa2 sbb ada yg dh menunggu utk bergbr….semoga PR menang di Tlk Intan…aku slh seorg pemangkahnya….

    Reply
  • May 27, 2014 at 8:37 pm
    Permalink

    Biasa la golongan umur mcm tu selalu tak minat bergambar. Yang suka budak-budak muda je. Bagi saya perkara ni normal. Tak perlu laporkan kat semua pun.

    Reply
  • May 27, 2014 at 8:59 pm
    Permalink

    haha perkara biasa la tu, takkan sebab reject dek makcik korang dah sembang takda modal lain? taknak tengok ke apa si dyana tu spin pasal hudud dan isu mak dia? hahaha

    Reply
  • May 27, 2014 at 10:51 pm
    Permalink

    Ckp btl pun mesti backup.. serupa anwar..muka tak malu pipi tersorong2.. Klu Ct nurhaliza ok lah gak.. ni bergambar org yg kuat spin mcm anwar Ibrahim, sapa nak begambar..kekekeke..

    Reply
  • May 27, 2014 at 11:21 pm
    Permalink

    takkan macam tu kot. kalau 50 orang lebih yg tak sudi dan menolak, baru kira tolak..ini sorang saja dah riuh ish ish

    Reply
  • May 28, 2014 at 9:02 am
    Permalink

    Jangan jd perosak bangsa..kelabu mata sebab gilakan duit dan kuasa.wahai bangsa melayu bersatu la…

    Reply
  • May 28, 2014 at 5:36 pm
    Permalink

    dia pakai tudung nak tanak, takde sape bising. kalau dia BN ? besepah orang maki. agama buat main2.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.