Rizman Ruzaini bersedia lakukan transformasi besar, sasar Fesyen Global

- Advertisement -

Setelah hampir dua dekad mencipta nama sebagai antara peneraju fesyen tanah air, Rizman Ruzaini kini berada di fasa penting dalam evolusi jenama mereka. Bukan sekadar memburu pengiktirafan antarabangsa, jenama ini juga sedang merangka pelan transformasi besar untuk kekal relevan dan berdaya saing di pentas global.

Menurut Rizman, salah seorang pengasas jenama itu, pembukaan butik pertama di Dubai hanyalah permulaan kepada misi lebih besar mereka — memperkukuhkan struktur perniagaan dan mengangkat Rizman Ruzaini menjadi jenama global yang dihormati.

“Selepas hampir 20 tahun, kami rasa ini adalah masa terbaik untuk melakukan ‘revamp’. Bukan hanya dari segi rekaan atau pasaran, tapi dari keseluruhan struktur perniagaan. Kami mahu Rizman Ruzaini lebih dinamik dan bersedia bersaing dengan jenama antarabangsa lain,” jelas Rizman.

Langkah strategik ini turut diperkukuhkan dengan kehadiran pelanggan tetap dari Timur Tengah, yang menurut Rizman, telah memberikan sokongan kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Butik di Dubai nanti bukan sekadar ruang jualan, tetapi menjadi pusat jenama untuk membina hubungan lebih erat dengan pasaran Arab dan seterusnya rantau Eropah.

Meneruskan misi membawa budaya Malaysia ke mata dunia, Rizman Ruzaini juga tidak berganjak daripada prinsip asal mereka — menjadikan seni dan budaya tempatan sebagai nadi utama setiap rekaan. Bagaimanapun, kali ini mereka mensasarkan selebriti dan ikon antarabangsa untuk memperagakan karya mereka, sebagai satu strategi memperluaskan pengaruh ke peringkat global.

“Kami bermula dulu dengan selebriti tanah air memperagakan busana kami. Kini kami mahu melihat selebriti antarabangsa pula memperkenalkan Rizman Ruzaini kepada dunia,” tambahnya.

Dengan pelan transformasi yang menyeluruh dan semangat kental membawa nama Malaysia lebih jauh, Rizman Ruzaini kini membuktikan bahawa fesyen bukan sekadar soal pakaian — ia adalah perjalanan visi, budaya, dan keazaman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat