Program Hari Bersama Komuniti sebahagian usaha perkasakan usahawan digital

- Advertisement -

Sandakan, – Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sim Sim, Sandakan, Sabah.

Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI ini bertujuan merapatkan jurang digital dan sosial selain memperkukuh jaringan kerjasama agensi dalam mendukung agenda digital negara.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena program ini, antaranya Kempen Internet Selamat, pameran Perkhidmatan Pintar NADI, promosi produk usahawan komuniti, Jualan Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), saringan kesihatan percuma, bengkel microbit, pertandingan e-Sukan serta pendaftaran ahli NADI baharu.

Kempen Internet Selamat khusus memfokuskan pelajar bawah 13 tahun, dengan pendedahan mengenai penggunaan Internet secara beretika serta bahaya risiko siber seperti buli, pemangsaan dan kandungan tidak sesuai.

Sejak beroperasi pada 22 Oktober 2019, NADI Sim Sim telah melaksanakan pelbagai program memperkasakan komuniti setempat melalui lima teras Perkhidmatan Pintar, iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.

Berkat latihan dan sokongan digital yang diberikan, ramai usahawan komuniti berjaya meningkatkan pendapatan dengan memasarkan produk melalui platform digital seperti Facebook, TikTok, Instagram dan Shopee.

Program keusahawanan NADIPreneur pula membuka peluang baharu dalam aspek pelan perniagaan, operasi, pengurusan kewangan dan pemasaran.

NADI Sim Sim merupakan salah satu daripada lapan pusat NADI aktif di daerah Sandakan, selain NADI Pekan Batu Sapi, NADI PPR Taman Mesra, NADI Taman Mawar, NADI PPR Taman Murni, NADI Kg Sungai Kayu, NADI Sebait Padas dan NADI PPR Taman Gum Gum, yang secara keseluruhannya memanfaatkan lebih 12,000 komuniti sekitar.

Turut hadir Ahli Parlimen Sandakan, YB Puan Vivian Wong Shir Yee; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat, YB Datuk Frankie Poon Ming Fung; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa; Anggota Suruhanjaya MCMC, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin (B); serta Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Tuan Haji Bukhari Yahya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat