Hetty Koes Endang Hiburkan Majlis Aidilfitri KPKM Tanpa Bayaran.

- Advertisement -

PUTRAJAYA, – Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bakal diserikan dengan kehadiran penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, yang sudi menyumbangkan persembahan secara percuma.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata beliau menerima panggilan telefon pagi ini daripada Hetty bersama suaminya, yang menyatakan hasrat untuk hadir dan memeriahkan sambutan tersebut.

“Saya amat menghargai keikhlasan Ibu Hetty dan suami yang sudi hadir dan menghiburkan para tetamu tanpa sebarang bayaran,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau.

Menurut Mohamad Sabu, hubungan persahabatan antara keluarganya dan keluarga Hetty Koes Endang sudah terjalin erat sejak sekian lama, di mana kediaman masing-masing menjadi tempat bertamu apabila berkunjung ke negara sahabat.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian mereka, dan kehadiran Ibu Hetty nanti pasti akan menambah kemeriahan majlis,” ujarnya.

Majlis Sambutan Aidilfitri KPKM dijangka menghimpunkan warga kementerian, kenamaan dan jemputan dalam suasana penuh mesra dan silaturahim.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat