Kenapa saya disiasat, PM dan Menteri KDN tak kena? Soal Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan persoalan mengapa audio didakwa mirip suara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini tidak disiasat polis.

Sedangkan, katanya, audio perbualan didakwa mirip suaranya dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak lama dahulu yang tidak mengandungi unsur jenayah pula disiasat.

Anwar membangkitkan persoalan itu selepas keluar daripada memberikan keterangan sebagai saksi di Bukit Aman berhubung perkara itu.

“Mengapa isu seperti ini mahu dijadikan isu politik oleh kerajaan yang nampak sangat terdesak sekarang. Apa kaitannya dengan kemelesetan ekonomi, kegawatan politik, penyalahgunaam kuasa yang ada sekarang .

“Saya sebut juga ada penyebaran meluas dalam media sosial mengenai audio rakaman yang didakwa oleh Muhyiddin Yassin, mengenai scheme of things … melibatkan ugutan rasuah, lantik GLC dan sebagainya.

“Saya tanya ada siasatankah?

“Terkini ada penyebaran audio yang didakwa suara Hamzah Zainuddin mengenai mengatur ‘orang-orang kita’ sebagai pegawai kanan tertinggi polis.

“Apakah ada siasatan dalam kes seperti ini yang jauh lebih serius, kerana melanggar beberapa peraturan dan jaminan beliau (untuk) tak campur tangan dalam urusan ini,” katanya memetik Malaysiakini, hari ini.

Anwar keluar jam 11.25 pagi setelah hampir sejam setengah memberikan keterangan sebagai saksi.

Audio yang tular awal bulan ini memaparkan perbualan dua pihak yang didakwa Anwar dan Ahmad Zahid, antara lain berkenaan Perhimpunan Agung UMNO dan ucapan ahli Parlimen Bagan Datuk semasa perhimpunan berkenaan.

Baik Anwar mahupun Zahid, kedua-dua mereka menafikan ketulenan video berkenaan.

Keterangan Anwar diambil mengikut peruntukan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat