Wawancara Najib Dengan Bloomberg: Nantikan Keputusan Yang Lebih Baik (Bahagian 2)

Artikel ini pertama kali disiarkan dalam Bloomberg

Sumber:
Najibrazak.com, 26 April 2018

Janji Mengenai Cukai

Najib semasa melancarkan kempennya lebih menumpukan pada pertumbuhan ekonomi, penekanan pada projek infrastruktur yang sedang berjalan pada masa ini dan mengembangkan lagi pemberian bantuan.

Namun beliau mengatakan beliau tidak mempunyai rancangan untuk memansuhkan GST, dengan alasan bahawa tumpuan terhadap cukai berasaskan penggunaan bermakna hasil pendapatan yang lebih tinggi.

Ini akan membolehkan lebih banyak pengurangan pendapatan dan cukai korporat dalam tempoh lima tahun akan datang, bergantung kepada harga minyak dan hasil GST.

“Langkah pertama baru sahaja bermula,” katanya.

Najib berkata Barisan Nasional fokus kepada negeri-negeri besar seperti Sarawak, Sabah, Kedah dan Johor yang menyokongnya pada tahun 2013. Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai “simpanan tetap” dalam memberi sokongan kepada Barisan Nasional, menyumbang kira-kira satu pertiga daripada kerusi gabungan itu pada tahun 2013.

Najib amat berhati-hati mengenai topik penggantinya. Lee Hsien Loong, rakan sejawatannya di Singapura, berkata dia tidak berniat memerintah 70 tahun lalu.

“Ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab anda sebagai pemimpin untuk anda melatih pengganti anda,” katanya. “Kami akan lakukannya.” Namun, katanya, “Pada masa ini saya fikir kami akan menumpukan perhatian pada lima tahun akan datang untuk memastikan pelan transformasi kami akan berjaya.”

Pertempuran beliau dengan Mahathir telah menjadikan pilihan raya kali ini sebagai satu acara yang sangat peribadi. Mahathir telah menghabiskan masa bertahun-tahun bertelagah dengan jiran Malaysia dan badan seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) disamping mengekalkan cengkaman ‘kuku besi’ ke atas negaranya, dan beberapa penganalisis mengatakan bahawa dia tidak boleh dipandang remeh.

Najib juga menyatakan dirinya sebagai mangsa yang terselamat, memetik mengenai “masa sukar” yang dilalui beliau dari sekolah menengah hingga ke zaman awal beliau dalam dunia politik.

“Saya mungkin kelihatan lembut dan baik dalam tindakan saya tetapi saya mempunyai semangat yang kuat dalam diri saya,” katanya. “Saya tidak berputus asa dengan mudah.”

-TAMAT-

Link asal artikel:
https://www.najibrazak.com/bm/blog/interview-with-bloomberg/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.