Vida Kahwin Senyap?

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida menafikan khabar angin telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka tanpa pengetahuan umum.

Menurut Vida, 45 tahun, dia masih berstatus solo dan terkejut apabila mengetahui khabar angin berkenaan.

“Saya tak tahu bagaimana cerita saya nak kahwin timbul. Sedangkan jiwa saya yang sedang kacau pun tiada siapa mahu pujuk.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal kahwin buat masa sekarang, nanti ramai yang kata saya yang terhegeh-hegeh.

“Tetapi harus saya akui, walau umur saya sebegini, masih ada yang cuba mendekati. Cuma saya tak pasti niat mereka untuk duit atau populariti,” katanya petik Astro Gempak.

Vida yang ditemui pada pertunjukan fesyen Primavalet di Hotel Majestic Kuala Lumpur semalam memberitahu anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B enggan melihat ibunya bersama lelaki lain.

“Cik B luluskan baru saya terima. Tapi buat masa sekarang dia tak mahu sebarang lelaki mendekati saya.

“Mama, don’t you dare katanya,” tambah Vida.

Dalam perkembangan lain, Vida bakal muncul dengan single keduanya menjelang Aidilfitri nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.