Pupuk Semangat Melalui Library Day

PUNCAK PERDANA – Fakulti Filem Teater dan Animasi (FITA), UiTM Puncak Perdana  mengadakan satu program ‘Library Day’ bagi memupuk semangat di kalangan Pelajar.

Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar, pensyarah dan juga masyarakat setempat melalui program-program limiah yang dilaksanakan sepanjang hari.

Menurut pandangan pelajar dari FITA, kebayakan mereka berpendapat Program ‘Library Day’ ini merupakan satu platform untuk mengembangkan bakat dalam bidang pengurusan dan sebagainya.

Program ini diadakan setiap semester dan diuruskan sendiri oleh pensyarah-pensyarah hebat dari Fakulti Filem Teater dan Animasi serta turut dibantu mahasiswa daripada Fakulti Filem Teater dan Animasi.

‘Library Day’ ini adalah salah satu usaha untuk mengasah dan menonjolkan bakat terpendam pelajar dalam menguruskan sesuatu program.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti wacana sihat, wacana seni, bengkel kreatif, bengkel PTAR dan juga pertandingan turut diadakan.

Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar UiTM Puncak Perdana meneroka dan menggunakan fasiliti di Perpustakaan Tunku Abdul Razak (PTAR) serta memberi ruang latihan penganjuran acara untuk pelajar FITA  yang terlibat didalam produksi.

Program ini diadakan pada 27 hingga 29 April 2018 di  Dewan Seminar Fita 1, UiTM Puncak Perdana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.