87 Peratus Pelatih OKU Di PLPP Berjaya Dapat Pekerjaan

BANGI – Sebanyak 87 peratus Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengikuti latihan kemahiran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) diambil bekerja.

 

Pelatih berkenaan mendapatkan pekerjaan dalam tempoh tiga bulan selepas tamat latihan, memilih kerjaya dalam industri makanan dan minuman, pentadbiran dan pengurusan pejabat, pekerja sosial dan keusahawanan.

 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata peratusan yang diperoleh pada 2014 itu membuktikan bahawa golongan OKU juga boleh menjadi penyumbang utama bagi membantu pembangunan negara pada masa depan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.