Video: Terlalu Banyak Pilihanraya Di Permatang Pauh – Pengundi

Seberang Jaya – Para Pengundi di Permatang Pauh merasakan terlalu banyak pilihanraya di Permatang Pauh sehingga menjejaskan aktiviti pembanggunan.

 

Mohd Nor Hashim Mohd Said yang merupakan pengundi di Dewan Undangan Negeri (Penanti) berkata beliau lebih berminat dengan calon muda yang dilihat lebih agresif dan berwibawa untuk membangunkan kawasan.

 

 

“Saya mengenali Wan Azizah sejak dari kecil lagi tapi beliau hanya boneka kepada Pakatan Rakyat.

 

“Saya tidak melihat satu pum pembangunan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat, (sebagi contoh) dari sudut kebajikan walaupun Umno kalah tetap membuat kerja dan membela rakyat manakala PKR hanya melakukan kerja secara bermusim” ujarnya kepada SuaraTV.

 

Beliau turut melihat kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP gagal mengotakan janji untuk membantu masyarakat khususnya orang Melayu.

 

Sementara itu pengundi di Dun Permatang Pasir, Arif Alwi Hj Suhaimi Arif berkata, antara kriteria calon yang akan dipertimbangkan untuk pilihanraya kali ini ialah mereka yang boleh membawa suara pengundi dan mempunyai kelayakkan untuk membawa pembangunan di Permatang Pauh.

 

Menurutnya parlimen Permatang Pauh telah jauh ketinggalan dari segi pembangunan hampir 17 tahun kerana kegagalan ahli-ahli parlimen yang lepas.

 

“PKR pada ketika mempunyai masalah dalaman yang cukup ketara malah mempunyai kekurangan calon yang berwibawa untuk diketengahkan.

 

“Pada ketika ini PKR dilihat seperti parti keluarga, kerana mereka merasakan parlimen Permatang Pauh hanya layak diwarisi oleh keluarga Anwar Ibrahim sahaja” ujarnya kecewa ketika ditemui SuaraTV lewat malam tadi.

 

Menurutnya sebagai anak Permatang Pauh beliau tidak melihat sebarang bentuk pembangunan dan perubahan yang dilakukan.

 

Arif turut berkata walaupun Umno kalah dalam pilihanraya yang lalu, namun mereka tetap berusaha membantu masyarakat dan membangunkan kawasan sehingga disifatkan sebagai ‘ahli parlimen angkat’ oleh pengundi.

 

Sementara itu pengundi di Dun Penanti, Mohd Zarith Zakaria berkata, Wan Azizah pernah mewakili pengundi di Permatang Pauh namun tiada sebarang hasil (khidmat) yang diberikan sebelum ini.

 

“Kita boleh terima sekiranya tiada pembangunan, namun isu-isu umum yang berkaitan nasib masyarakat dan pengundi turut tidak dibawa di dalam sidang parlimen.

 

“Objektif mereka lebih kepada menjadikan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri” ujarnya.

 

Menurutnya lali terakhir Permatang Pauh dilihat membangun pada 17 tahun yang lalu, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei.

 

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu, menolak petisyen pengampunan diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

 

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PKR, Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon Bebas.

 

Suhaimi yang merupakan setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh akan ditentang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.