Telur Burung Gajah Berusia 800 Tahun Dilelong

LONDON – Sebiji telur burung gajah yang berusia 800 tahun dijangka dijual lebih £50,000 (RM271,366) dalam satu acara lelongan di sini, tidak lama lagi.

 

Telur yang 200 kali ganda lebih besar daripada telur ayam itu akan dilelong oleh syarikat lelongan Sotheby’s di sini, pada Khamis ini.

 

Burung gajah yang boleh membesar setinggi tiga meter dan seberat 445 kilogram adalah burung paling besar yang pernah hidup di dunia.

 

Haiwan yang hidup di Madagascar itu tidak boleh terbang dan ia pupus 400 tahun lalu akibat diburu manusia.

 

Kerana saiznya yang besar dan sangat jarang dijumpai, telur burung gajah sangat diminati oleh pengumpul yang kaya.

 

Sebanyak 25 telur burung gajah yang masih sempurna terdapat di dunia, tetapi kebanyakannya disimpan di dalam muzium.

 

Bagaimanapun, fosil cebisan telur burung itu masih boleh ditemui di beberapa bahagian di Madagascar.

 

Seorang penerbit program sejarah, David Attenborough turut memiliki telur burung gajah yang hampir sempurna. – Agensi/HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.