Pulau Pinang Isytihar 7 Mei Cuti Umum

Georgetown – Pulau Pinang mengisytiharkan 7 Mei sebagai cuti umum negeri sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

 

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata inisiatif ini bagi membolehkan para pengundi, terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar dan mempunyai jadual kerja yang sibuk, untuk mengundi.

 

“Selepas perbincangan dengan exco-exco negeri, 7 Mei telah diwartakan sebagai cuti umum peringkat negeri,” kata Guan Eng pada sidang akhbar di Muzium Negeri Pulau Pinang, hari ini.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei.

 

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu, menolak petisyen pengampunan diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

 

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PKR, Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon Bebas.

 

Suhaimi yang merupakan setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh akan ditentang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.