Penggodam Ceroboh Emel Obama

WASHINGTON –  Kumpulan penggodam Rusia didakwa berjaya menceroboh fail sulit Rumah Putih termasuk menceroboh emel milik Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam insiden serangan siber yang dilancarkan pada tahun lalu.

 

Menurut laporan Reuters, jurucakap Rumah Putih memaklumkan tiada bukti menunjukkan akaun emel pemimpin itu telah digodam walaupun pendedahan berhubung insiden tersebut telah disahkan pada awal bulan lalu.

 

“Tiada maklumat sulit terjejas,” katanya.

 

Sementara itu, The New York Times melaporkan kejadian serangan siber tersebut adalah jauh lebih membimbangkan daripada apa didedahkan kepada umum. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.