Najib Senang Dibawa Berbincang – Samy Vellu

Petaling Jaya – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harus bersemuka dan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengeluarkan sebarang kritikan secara terbuka, kata bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.

 

Beliau berkata Dr Mahathir sebagai veteran yang disanjungi ramai seharusnya sedar bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang senang dibawa berbincang.

 

“Sebagai contoh saya hanya perlu menelefon dan menghubungi Najib untuk memberitahu mahu datang berjumpa beliau pukul 6 petang ini. Dia akan suruh datang…itulah Najib,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal di sini Isnin.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap kepimpinan Najib kini.

 

Sebarang kritikan secara terbuka tanpa berbincang terlebih dahulu dilihat bukan sahaja melemahkan BN dan UMNO tetapi mungkin boleh menjejaskan semangat parti-parti komponen BN yang lain, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.