Maya Karin Kini Bergelar Jutawan

KUALA LUMPUR – Pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin Roelcke atau Maya Karin kini dikatakan sudah bergelar jutawan ekoran pembabitannya dalam sektor pelaburan hartanah termasuk di London.

 

Menjawab desas-desus mengenai status itu, pelakon jelita berusia 36 tahun itu berkata: “Sebenarnya saya sudah menceburi bidang hartanah sejak 10 tahun lalu kerana ia boleh memberikan pulangan yang lumayan.

 

“Saya juga menggunakan pendapatan yang diperoleh dalam bidang seni untuk dilaburkan dalam projek hartanah dan pengubahsuaian rumah sebelum dijual kepada pembeli dengan harga melebihi 40 hingga 50 peratus daripada modal asal.”

 

Ujar bekas penuntut Universiti LimKokWing dalam bidang media dan pemasaran itu, jika tidak bergelar insan seni, dia mempunyai pengetahuan meluas dalam bidang hartanah dan ekonomi.

 

“Ayah saya, Gottfried Roelcke merupakan kakitangan Bank Dunia Indonesia sementara ibu saya, Che Zan ialah rakan kongsi pelaburan saya. Jadi, mereka berdua yang banyak mempengaruhi dan mengajar saya,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.