Lee Chong Wei Boleh Kembali Beraksi Mulai 1 Mei

Setelah timbul tandatanya mengenai nasib jaguh badminton negara ekoran kes doping ,akhirnya semua boleh menarik nafas lega.

 

Beliau hanya dikenakan hukuman gantung untuk tempoh lapan bulan saja dari 30 Ogos 2014 hingga 30 April 2015.

 

Ini bermakna Chong Wei boleh kembali beraksi mula Jumaat 1 Mei ini.

 

Keputusan berkenaan diumum oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Chong Wei di Putrajaya petang Isnin.

 

Katanya beliau telah berbincang dengan Chong Wei mengenai keputusan kes doping itu.

 

Chong Wei memutuskan beliau akan terus bermain dan sertai pertandingan sejurus pengantungan itu selesai.

 

Pertandingan pertama yang akan disertainya ialah pada Piala Sudirman di Dongguan dari 10 hingga 17 Mei. – Agendadaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.