Kempen PAS Dibantu Bekas CEO Yang Berdepan Kes Pecah Amanah RM16 Juta

ROMPIN – Bekas CEO KPF Quality Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal menyeru peneroka FELDA menyelamatkan agensi itu yang didakwanya sedang dimusnahkan oleh BN.

 

Dakwanya lagi, Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad telah merosakkan matlamat asal penubuhan FELDA untuk membantu masyarakat Bumiputera.

 

Beliau juga mendakwa FELDa kini sedang mengalami kerugian teruk akibat penyenaraian FELDA Global Ventures (FGV) di Bursa Saham Malaysia.

 

“Kita harus selamatkan FELDA. Saya ialah orang pertama bersama Datuk Zulkifli Wahab yang menentang penyenaraian FGV (di bursa saham),” dakwanya ketika berucap di Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 kelmarin..

 

Sementara itu, ketika menggulas kemunculan Sarchu di pentas ceramah PAS, portal FELDA Voice.Com menyelar PAS apabila menggunakan khidmat bekas CEO yang bergelumang dengan kes rasuah di mahkamah dalam kempen mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

 

Bekas CEO, Pengarah KPF - Dituduh Terlibat Rasuah

 

“Seruan dan tuduhan Sarchu bukan sahaja menarik didengar tetapi agak melucukan seperti menepuk air didulang kemudian terpercik kena muka sendiri,” tulis portal tersebut.

 

Menurut portal itu, Sarchu sebenarnya sedang berdepan dengan tuduhan pecah amanah ke atas dana syarikat yang berjumlah RM16,963,825.00 yang didakwa berlaku antara Ogos 2011 dan Februari 2012 lepas.

 

“Persoalan yang paling menarik adalah, benarkah Sarchu sertai PAS kerana untuk memperbetulkan keadaan?

 

“Keadaan yang macam mana agaknya itu? Keadaan bilamana Sarchu didakwa pecah amanah RM16 juta kah?,” soal FeldaVoice.

 

* Artikel oleh FeldaVoice berkenaan isu Datuk Sarchu boleh dibaca di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.