Buah Pinggang Gergasi Pecah Rekod Dunia

NEW DELHI – Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini, terkejut apabila mengeluarkan buah pinggang seberat hampir tiga kilogram dari badan seorang pesakit.

 

Buah pinggang daripada pesakit berusia 45 tahun itu 20 kali ganda lebih besar daripada saiz normal, sekali gus menjadi buah pinggang paling besar di dunia yang pernah direkodkan.

 

Pesakit lelaki itu menjalani pembedahan membuang buah pinggangnya di Hospital Sir Ganga Ram, baru-baru ini, selepas menderita sejenis penyakit buah pinggang.

 

Menurut rekod dunia, buah pinggang paling besar sebelum ini seberat 2.13 kilogram yang dikeluarkan dari tubuh seorang pesakit di Dhule, India pada 2011. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.