8,000 Kedai Starbucks Terjejas Disebabkan Gangguan Komputer

SEATTLE – Masalah komputer pada mesin daftar tunai menyebabkan jualan di 8,000 kedai kopi Starbucks di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada terjejas kelmarin.

 

Jurucakap Starbucks, Jim Olson berkata, gangguan itu melibatkan 7,000 kedai di AS dan 1,000 lagi di Kanada.”

 

Pelanggan mendapati sebahagian kedai Starbucks itu ditutup, manakala beberapa kedai lain menawarkan kopi percuma.

 

“Saya tidak akan mengadu kerana secawan kopi percuma,” kata seorang lelaki, Suveer Sharma di sebuah kedai Starbucks di Seattle.

 

Di beberapa buah kedai Starbucks di Phoenix, ramai pelanggan berlalu dengan rasa marah selepas melihat papan tanda menyatakan premis ditutup.

 

“Kami memohon maaf kepada pelanggan atas kesulitan teknikal,” kata syarikat itu tanpa mengulas lanjut. – AP/Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.