37 Terbunuh Akibat Banjir, Ribut Di Pakistan

Peshawar – Sekurang-kurangnya 37 orang terkorban dan lebih 200 orang cedera akibat banjir dan ribut di barat laut Peshawar, Pakistan.

 

Menteri Penerangan, Mushtaq Ghani berkata hujan lebat berserta ribut bukan saja mengakibatkan banjir tetapi menyebabkan banyak bangunan runtuh selain pokok tumbang.

 

Pegawai Pengurusan Bencana Pakistan, Lutfur Rehman berkata ribut yang berkelajuan 75 km/jam itu adalah kejadian yang luar biasa dan ramai penduduk terkejut serta tidak sempat mendapatkan perlindungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.