Rumahtangga Pelakon Umie Aida Bergolak

Selepas rumah tangga rakan baiknya, Erra Fazira runtuh dua bulan lalu, kini terdengar pula ura-ura perkahwinan Datin Paduka Umie Aida sedang bergolak dan dilanda masalah.

Macam bermusim pula berita buruk perkahwinan artis menjengah laporan akhbar sejak kebelakangan ini.

Namun, menerusi ruangan Desas-Desus akhbar Bi-Pop, mengatakan, Umie kini kerap bercuti ke luar negara bersama anak dan teman baiknya, tanpa kehadiran suami tercinta, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di sisinya.

Umie Aida Nafi Rumahtangga Bergolak

Menguatkan lagi dakwaan rumah tangganya bermasalah ialah Umie sendiri sudah memadamkan gambar-gambarnya bersama suami yang dimuat naik di laman Instagram sebelum ini.

Kalau takde apa-apa masalah, kenapa pula Umie buang semua gambar-gambar mereka bersama kan?

Diharapkan ini hanya khabar angin sahaja dan semoga perkahwinan mereka baik-baik sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.