Feri Karam : Timbalan Pengarah Diserang

Seoul – Ibu bapa mangsa feri yang karam dalam perjalanan ke Pulau Jeju baru-baru ini, bertindak menyerbu pejabat Pengawal Pantai dan menyerang Timbalan Pengarahnya, Choi Sang-hwan semalam.

Portal berita Mail Online melaporkan, kira-kira 20 ahli keluarga mangsa yang marah dengan kelewatan maklumat operasi menyelamat, bertindak menyerbu pejabat Sang-hwan di Jondo dan menariknya keluar dari kompleks Pengawal Pantai tersebut.

Feri karam 1

Sang-hwan turut dimarahi ahli keluarga mangsa yang mendesak operasi mencari dan menyelamat ditingkatkan, di luar kompleks tersebut.

Selepas 10 hari feri yang membawa 300 orang tersebut karam, hanya 187 mayat ditemukan dan 115 orang masih hilang.

Dalam pada itu, semua 15 anak kapal feri Sewol tersebut kini ditahan selepas pihak berkuasa menahan empat lagi anak kapal itu.

Jurucakap pasukan penyiasat kejadian tersebut, Yang Jun-jin berkata, dua jurumudi dan dua kakitangan navigasi ditahan selepas waran tangkap dikeluarkan semalam.

Sebanyak 11 anak kapal feri termasuk kaptennya telah ditahan sebelum ini.

Kesemua mereka didakwa cuai dan gagal membantu mangsa ketika Sewol karam pada 16 April lalu.

Dalam pada, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama melahirkan ucapan takziah kepada rakyat Korea Selatan ekoran tragedi tersebut ketika beliau mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke negara ini, bermula semalam. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.