Rai hari jadi Musa Aman 3 bulan guna duit rakyat? – Darell Leiking

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sambutan sehari meraikan ulang tahun kelahiran rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11 Tun Musa Aman yang akan diraikan pada Ahad, 30 Mac ini sudah mencukupi justeru tidak perlulah berlanjut sehingga 3 bulan.

Timbalan Presiden Warisan Datuk Darell Leiking menegur, menggunakan dana awam untuk sambutan dengan tempoh panjang itu adalah tidak boleh diterima.

Tegas Adun Moyog itu lagi, sepatutnya dana negara harus diutamakan untuk keperluan penting seperti biasiswa pelajar, pembaikan jalan, pembangunan kemahiran, dan peningkatan komuniti.

“Secara peribadi, jika pembayaran kos yang akan diguna demi merayakan hari jadi TYT Sabah ini datang daripada dana persendirian dan bukan daripada dana kutipan cukai yang akan dijenamakan sebagai duit kerajaan, tak jadi isu.

“Tetapi, merayakan selama 3 bulan dan mengunakan dana yang datang daripada cukai dibayar rakyat atau cukai yang datang daripada hasil bumi Sabah, tentutnya ada isu.

“Tolonglah jangan guna duit kerajaan, pembayar cukai untuk acara keraian yang terlampau lama. Bukankah satu hari perayaan dan cuti umum sudah ditetapkan.

“Saya berhak memberi pendapat kerana saya juga golongan pembayar cukai, walaupun jawapan mungkin sikit saja bah dipakai untuk 3 bulan tersebut, tetapi sabagai seorang daripada ramai pembayar cukai direct atau indirect, okey kalau dengan satu hari perayaan yang ditangung oleh kerajaan tetapi bukankah cukai (yang dikutip daripada pembayar cukai dan hasil bumi Sabah) Sepatutnya dan khusunya diguna untuk keperluan penting seperti pembiayaan biasiswa pelajar, baiki kerosakan jalan, pembangunan kemahiran, kerja pembersihan dan pembangunan semua kawasan di Sabah,” kata Darell di Facebooknya.

Beliau bertegas tidak bersetuju dengan keraian yang merugikan itu memandangkan Sabah negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di negara ini.

“Tidak perlu marah saya kerana mungkin saya hanya dua atau lima orang yang mungkin tidak setuju mengunakan duit cukai dari rakyat atau kutipan hasil bumi Sabah untuk membuat perayaan terlampau panjang ketika kerajaan seharusnya tumpu untuk membaiki kegagalan dan kelemahan mereka.

“Yang peliknya, saya rasa TYT sendiri mungkin tidak menyokong cadangan gila pentadbirannya ini,” katanya.

Sementara itu, The Star melaporkan bahawa Timbalan Ketua Menteri Dr Joachim Gunsalam berkata beberapa siri acara akan berlangsung dari hari lahir Musa pada 30 Mac hingga 21 Jun.

Berita mengenai perayaan itu hadir ketika SPRM menyiasat beberapa Adun ini termasuk menantu Musa, Arifin Arif berhubung dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan lesen cari gali mineral.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat