“Neonimus & Ejen Ali” era baru animasi Malaysia menggegar dunia!

- Advertisement -

Dunia animasi Malaysia sekali lagi mencipta sejarah dengan pelancaran treler rasmi pertama Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), yang telah menggemparkan internet dalam tempoh kurang 24 jam! Dengan lebih 300,000 tontonan di YouTube dan 1.3 juta tontonan di TikTok, kehangatan filem ini semakin terasa. Namun, di sebalik angka-angka luar biasa ini, apa yang sebenarnya menjadikan EATM2 fenomena global yang patut diberi perhatian?

Tidak seperti ancaman sebelumnya, Neonimus muncul sebagai musuh yang lebih licik dan berbahaya. Dengan kepakaran sebagai penggodam, dia bukan sahaja mengancam keselamatan Cyberaya tetapi juga mencabar keupayaan teknologi dan moral Ejen Ali. Sifat misterinya yang belum terungkap telah mencetuskan pelbagai teori daripada peminat, menjadikannya antara aspek paling menarik dalam filem ini.

Jika dalam filem pertama Ejen Ali belajar mengawal IRIS, kali ini cabaran yang lebih besar menantinya. Dengan kehadiran Satria Suit, Ali perlu membuktikan dirinya sebagai seorang ejen yang lebih matang dan mampu memimpin dalam menghadapi ancaman baru. Di samping itu, hubungan dinamik antara Ali dan Alicia, yang kini menjadi pemegang IRIS, menambah elemen emosi yang lebih mendalam dalam jalan cerita.

EATM2 juga menampilkan perubahan dalam organisasi MATA, dengan perlantikan pemimpin baharu seperti Ejen Amir dan Ejen Elle. Tambahan pula, kehadiran ejen yang dianggap sebagai pengkhianat, Rizwan, bersama Dos dan Trez, memberikan dimensi baharu kepada konflik dalam filem ini. Adakah mereka benar-benar musuh, atau ada niat tersembunyi di sebalik tindakan mereka.

Kehadiran lagu tema Hanya Kamu yang dinyanyikan oleh legenda muzik Malaysia, Dato’ M. Nasir, membawa elemen nostalgia dan emosi yang mendalam. Lagu ini bukan sekadar pelengkap adegan aksi mendebarkan, tetapi juga melambangkan perjalanan Ali dalam menempuhi cabaran yang semakin hebat.

Dengan kejayaan filem pertama yang mencatat kutipan luar biasa dan penayangan semula yang menarik lebih 50,000 penonton, Ejen Ali The Movie 2 membuktikan bahawa industri animasi Malaysia kini bersedia untuk menyaingi produksi antarabangsa. Kejayaan treler ini juga menunjukkan sokongan padu daripada peminat di Malaysia dan Indonesia, memperkukuhkan lagi jenama Ejen Ali sebagai fenomena serantau.

Dengan hanya beberapa bulan sebelum tayangan rasmi pada Mei 2025, peminat boleh terus mengikuti perkembangan terkini dan menyertai perbincangan hangat mengenai filem ini di media sosial dengan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2. Jangan lupa untuk menonton treler rasmi dan bersedia untuk menyaksikan cabaran terbesar Ejen Ali di layar perak!

Tonton treler rasmi di: www.youtube.com/ejenali      

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat