Ayah Selebriti Ini Nekad Buntingkan Anak Tiri, Reputasi Keluarga Hancur Seketika

Elon Musk dikenali di seluruh dunia sebagai billionaire dan pencipta model kereta elektrik, Tesla Roadster. Beliau dikenali sebagai pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX.

Tetapi sedikit banyak yang diketuai mengenai kehidupan keluarga Elon Musk.

Baru-baru ini sebuah fakta memalukan  tentang keluarga Elon Musk telah didedahkan.

Bapany, Errol Musk, mempunyai anak kandung hasil hubungan satu malam dengan anak tirinya sendiri.

Errol, yang berusia 72 tahun, menggambarkan bayi laki-laki berusia 10 bulan yang dimiliki bersama anak tirinya Jana Bezuidenhout, 30, sebagai ‘kesempurnaan’.

Errol berkahwin dengan ibu Jana, Heide ketika Jana berusia empat tahun.

Namun dalam temubual dengan The Sunday Times, Errol tidak menganggap Jana sebagai anak tirinya.

Errol menganggap Jana telah dibesarkan dari keluarga lain untuk waktu yang lama.

Jana

Padahal Errol dan Heide sudah memiliki dua anak hasil perkahwinan mereka. Mereka berpisah selama dua tahun sebelum bersatu kembali disebabkan Errol berkeras mempertahankan perkahwinannya.

Sayangnya, mereka bercerai 18 tahun kemudian.

Errol memberitahu anak tirinya itu telah menghubunginya tahun lalu setelah Jana berpisah dengan kekasihnya.

Errol Musk

Lalu Errol melakukan ‘segala dalam kuasanya’ untuk membantu Jana.

“Kami kesepian, kehilangan seseorang. Jana adalah seorang wanita yang menyenangkan dan seorang ibu yang luar biasa.”

“Jana mengatakan aku telah mengubah hidupnya,” kata Errol.

Setelah Jana menghubungi Errol untuk memberitahu dia hamil, Errol mengandaikan anak itu adalah milik bekas kekasih Jana. Wanita itu berkeras bahawa dia adalah bapa kepada bayi tersebut dan mereka melakukan ujian DNA.

Errol kini membantu Jana dan bayi itu, meskipun mereka tidak tinggal bersama.

Jana

Perbuatan Errol itu bagaimanapun menyebabkan Elon marah dan menganggap bapanya sebagai jahat.  Kejadian itu juga mengakibatkan keluarga mereka berpecah.

 

Kedua-duanya tidak lagi bertegur sapa sejak lebih 18 bulan lepas.

Errol Musk

Satu sumber memberitahu Mail Online bahawa Errol telah menghamilkan jana.

“Dia adalah bapa kepada anak itu dan dia juga bapa kepada Jana. Seluruh keluarga marah apabila mereka mengetahui mengenainya.

“Ini sebabnya Elon sangat marah pada Errol,” katanya.

Dalam temubual dengan majalah Rolling Stone tahun lalu, Elon mengaku dia sakit hati tatkala  membincangkan mengenai bapanya.

Elon juga memberitahu bahawa bapanya telah ‘melakukan hampir semua kejahatan yang tidak mungkin boleh difikirkan’.

Sama seperti anaknya, Errol adalah seorang jurutera berbakat yang menjadi jutawan ketika berusia 30 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.