Warga Emas Ditemui Sudah Meninggal Empat Hari Lalu

Bukit Mertajam – Mayat lelaki warga emas ditemui di ruang tamu rumahnya di Flat Desa Wawasan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata mayat Ang Ah Hoe, 65, ditemui pada kira-kira 9 malam.

“Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa kemungkinan sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu.

“Pemeriksaan mendapati lelaki terbabit seorang diri di rumah berkenaan dan hanya sesekali dilawati abangnya yang mendiami kawasan berhampiran,” katanya.

Sehingga ini, katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.