Uqasha Tak Kisah Dikecam

KUALA LUMPUR  – Sering berdepan dengan kontroversi menyebabkan pelakon Uqasha Senrose sudah lali dengan kecaman dan kritikan netizen di laman-laman sosial.

Jelasnya, dia tidak tahu mengapa sering menjadi sasaran peminat yang tidak berpuas hati dengannya.

Pada masa dia menganggap kecaman adalah asam garam dunia seni.
“Apa sahaja yang saya buat mesti ada yang kecam jadi, sekarang hanya urusan kerja yang akan dikongsi kepada peminat. Kalau peribadi, maaf saya rasa lebih baik saya diam.

“Banyak kali berhadapan kecaman, saya rasa sudah cukup lali. Sampai satu tahap, saya sudah tidak kisah lagi apa pun orang cakap.

“Saya akui memang agak tertekan. Kita manusia biasa, apabila dikecam mesti hati akan terasa. Cuma, saya tak ambil pusing dah,” katanya.

Baru-baru ini, Uqasha sekali lagi menjadi mangsa kecaman apabila gambar dia berpegangan tangan dengan pelakon, Shah Iskandar tular di laman sosial.

Bagaimanapun, menjawab isu tersebut, Uqasha berkata, insiden itu berlaku secara tidak sengaja dan tidak seharusnya menjadi isu.

“Ketika itu, Shah hanya membantu saya berjalan kerana kasut yang dipakai terlalu tinggi. Lagipun, saya dan dia sudah lama berkenalan dan isterinya juga saya kenal,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.