SPRM Mengadap Sultan Johor Dapatkan Maklumat Cubaan Rasuah

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendedahkan maklumat berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda untuk pemberian pingat kebesaran kerajaan, sebentar tadi.

Pertemuan antara baginda dan SPRM yang diwakili Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, diadakan di satu lokasi di sini.

Dzulkifli tiba dengan kenderaan rasmi ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi sebelum dilihat meninggalkan kawasan itu pada jam 9.40 pagi.

Dzulkifli terus menuju ke kenderaannya dan enggan mengulas mengenai pertemuannya dengan Sultan Ibrahim.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan ketika ditemui wartawan yang menunggu baginda di lokasi terbabit.

“I’m going shopping (saya ingin pergi membeli-belah),” kata baginda sambil berjalan keluar dari lokasi berkenaan ke kenderaan rasmi, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Semalam, Sultan Johor mengesahkan meminta wakil SPRM mengadap bagi mendedahkan nama individu yang cuba merasuah baginda sebanyak RM2 juta.

Ia bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.