Rancangan Realiti Sebenar ‘The Hunger Games’ Akan Ditayangkan

Filem fiksyen ‘ The Hunger Games’ lakonan Jennifer Lawrence kini bakal menjadi sebuah rancangan realiti apabila Rusia mengumumkan akan menganjurkan rancangan yang sama dalam dunia sebenar.

Rancangan ini dikatakan akan ditayangkan pada bulan Julai yang akan ini.

Game2: Winter akan menyaksikan 30 peserta bersaing untuk merebut gelaran juara dan wang tunai berjumlah USD 1.6 juta (RM7.08 juta).

Biarpun rancangan realiti itu dilabel sebagai ‘hilang akal’, namun pihak produksi telah menerima penyertaan dari serata dunia.

Difahamkan, apa saja jenis serangan dibenarkan bagi mempertahankan diri dalam rancangan realiti ini. Peserta perlu melakukan apa saja bagi memastikan mereka kekal hidup sehingga 1 April 2018.

Pihak produksi hanya akan membiarkan kamera merakam segalanya.- Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.