Nour El Sherbini Sekat Laluan Nicol Ke Final

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal memburu gelaran keenam Terbuka British apabila kalah kepada Nour El Sherbini di peringkat separuh akhir di Arena Arico, Hull, England, Sabtu.

 

Nour, bekas juara dunia remaja 2009, mengatasi Nicol dengan 11-6, 2-11, 11-9 dan 11-6 dalam pertarungan selama 43 minit untuk melangkah ke final buat pertama kali.

 

Kekalahan tersebut merupakan kali kedua Nicol, selaku pemain nombor dua dunia, di tangan pemain Mesir berusia 20 tahun itu di peringkat separuh selepas Kejohanan Juara-Juara, Januari lepas.

 

Nicol turut dikecewakan oleh Nour, selaku pemain nombor lima dunia, pada perlawanan suku akhir Terbuka Windy Cindy pada 29 Feb lepas.

 

Nicol muncul juara Terbuka British pada 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.