YDP Agong Akan Hadir Ke Pengebumian Lee Kuan Yew

Kuala Lumpur – Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah akan berlepas ke Singapura esok bagi menghadiri upacara Pengebumian Negara mendiang Lee Kuan Yew pada Ahad, menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob.

 

Menurutnya, Yang DiPertuan Agong dijadualkan tiba pada pukul 5 petang.

 

Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew meninggal dunia pada Isnin lalu.

 

YDP Agong merupakan antara dif kehormat dan diplomat dari seluruh dunia yang akan hadir di upacara Pengebumian Negara yang akan berlangsung di University Cultural Centre (UCC) di National Universiti Singapura mulai pukul 2 petang pada Ahad.

 

Turut dilaporkan hadir ialah Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, Presiden Korea Selatan Park Guen-Hye, Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Perdana Menteri India Narendra Modi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.