Wisma Putra: Rakyat Malaysia di Yaman Selamat

Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia di Yaman dilaporkan selamat berikutan serangan udara diketuai Arab Saudi bersama jiran sekutunya di negara itu, menurut Wisma Putra malam ini.

 

Wisma Putra berkata perkara itu telah disahkan oleh Kedutaan Malaysia di Sana’a, Yaman.

 

Warga Malaysia di Yaman dinasihatkan supaya berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana, kata Wisma Putra dalam kenyataan di ibunegara hari ini.

 

Ia juga menasihati rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan ke Yaman berikutan keadaan semasa di sana.

 

“Kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Sana’a akan terus memantau situasi di Yaman,” katanya.

 

Orang ramai boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-8887 4300, 8887 4265 pada waktu pejabat dan di talian 03-8887 4570 selepas waktu pejabat berhubung isu di Yaman.

 

Media melaporkan Arab Saudi bersama jiran sekutunya, melancarkan serangan udara terhadap pemberontak Houthi di ibu negara Yaman selepas konflik awam di negara miskin itu yang mempunyai kedudukan yang strategik di negara-negara Teluk, mengancam berlakunya perang serantau. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.