Video: Kurang Dari 4 Jam, Dari KL Ke Padang Besar

Kuala Lumpur – Projek perkhidmatan keretapi laju menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar yang dijangka akan beroperasi tidak lama lagi semakin memberikan rasa teruja pada orang ramai untuk menggunakannya.

 

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mampu bergerak pada kelajuan 160km/jam berbanding kelajuan semasa yang hanya boleh mencapai 140km/jam.

 

Ia adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar melalui projek landasan berkembar elektrik.

 

 

Menerusi perkhidmatan yang sama, ia juga dijangka memberi keselesaan kepada orang ramai khususnya mereka yang tinggal di negeri Utara.

 

Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat.

 

Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.

 

Jika sebelum ini, perjalanan dengan kereta api lokomotif diesel dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir tiga jam atau pemanduan darat yang lain mengambil masa dua jam 30 minit, apa yang ditawarkan ETS kelak dilihat mampu mengubah senario perkhidmatan kereta api di Malaysia.

 

Tidak mustahil akan wujud kelompok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Ipoh atau sebaliknya.

 

Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban.

 

Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2013.

 

Perkara tersebut turut dikongsikan di laman-laman sosial Facebook, yang memuat naik beberapa keping foto KTMB sedang dalam proses pengujian untuk perjalanan dari Utara ke Kuala Lumpur.

 

Menerusi status yang dimuat naik dalam entri tersebut menyatakan tempoh perjalanan yang di ambil adalah lebih kurang 4 jam untuk perjalanan dari Padang Besar ke Kuala Lumpur.

 

Salah seorang pengguna laman sosial tersebut dengan nama Dek Tan berkata:

 

“Hebat… memang tidak sabar lagi nak naik KTM ini.. Lepas ini baru seronok nak pergi kemana-mana destinasi”.

 

“Tahniah Kedah!! Memang hebat idea dan deligasi Tun Mahathir. Kehebatan bapa turun kepada anak (Mukhriz) yang hebat,” komen Nurul Hidayah Sahat.

 

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pengguna laman sosial berkenaan yang mempersoalkan kemungkinan harga tiket yang akan dijual adalah mahal.

 

“Thank you BN (Barisan Nasional)… Harga tiket naik 50%,” kata James Yeoh dalam entri tersebut.

 

Terdahulu, Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad menyatakan perkhidmatan terbaharu itu akan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2016.

 

Bagaimanapun, operasi pertama dijangka bermula pada Jun nanti menghubungkan Butterworth dan Kuala Lumpur.

One thought on “Video: Kurang Dari 4 Jam, Dari KL Ke Padang Besar

  • July 17, 2015 at 7:08 pm
    Permalink

    May i know the ticket cost from alor setar to butterworth..and departure time…and..arrival time..tqvm…how many trip per day…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.