Video: DAP Tak Ada Hak Tentukan Maruah Saya – Hadi Awang

Marang – Selepas berdiam diri sejak dirinya dituduh tidak bermaruah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, akhirnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersuara.

 

Dalam sidang medianya di Masjid Rusila, pagi tadi, Abdul Hadi dengan tegas berkata Guan Eng, tidak berhak menentukan maruahnya.

 

“Sebaliknya saya sendiri akan menentukan maruah saya dengan sokongan seluruh rakyat termasuk lebih satu juta ahli PAS di seluruh negara.

 

 

“Alhamdulillah, saya dapat menentukan maruah saya dengan pegangan Islam,” kata mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang akan memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama dengannya.

 

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kerjasama semua parti dalam Pakatan Rakyat bergantung kepada perlembagaan serta hala tuju perjuangan PAS dan persefahaman mengenai dasar dan matlamat parti.

 

Katanya, persefahaman itu sudah ditandatangani membabitkan tiga pemimpin utama termasuk Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Sehubungan itu, katanya, Guan Eng tidak sepatutnya melenting dengan usul rang undang-undang mengenai pindaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang akan dibentangkan di Parlimen, kerana ia tiada kaitan dengan bukan Islam.

 

“PAS berjuang untuk semua kaum, sebaliknya DAP hanya berjuang mewakili kaum tertentu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.