Video: ‘Bertempur’ Dengan Polis, Peserta #KitaLawan Ditahan Awal Pagi Tadi

Kuala Lumpur -Enam orang peserta kempen ‘Pecat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar’ ditahan pihak polis kerana enggan memberikan kerjasama dan mematuhi arahan yang ditetapkan dalam satu kejadian di Dataran Merdeka awal pagi tadi.

 

Menurut sumber SuaraTV tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu diambil apabila mereka yang berhimpun di tapak ‘Duduk-Bantah’ itu enggan bersurai dan mengosongkan kawasan terbabit setelah arahan dan amaran dikeluarkan.

 

Antara yang ditahan termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing.

 

 

Kedua-dua Adun dari Perak yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditahan reman untuk siasatan lanjut.

 

Berdasarkan rakaman video yang dimuatnaik oleh salah seorang peserta kempen tersebut, dua orang anggota polis telah mengarahkan agar penganjur menurunkan kain rentang yang dinaikkan.

 

Namun arahan tersebut tidak diendahkan, malah ada dikalangan peserta yang turut melakukan provokasi dengan menolak anggota polis yang bertugas selan memintanya untuk beredar.

 

Tindakan polis menahan mereka yang terlibat melakukan provokasi itu telah menimbulkan kemarahan para peserta lain.

 

Pelbagai kata-kata kesat turut dilemparkan kepada anggota polis yang menjalankan tugas.

 

Terdahulu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan agar semua peserta untuk bersurai dan mengosongkan kawasan tersebut selepas jam 12.00 tengah malam.

 

Seramai 50 orang dilaporkan telah berkumpul dan berkemah di sekitar kawasan terbabit sejak 21 Mac lalu.

 

Selain mendirikan kemah mereka turut menaikkan kain-kain rentang yang mengesa agar Ketua Polis Negara dipecat di Jalan Raja tidak jauh dari ibu pejabat polis Bukit Aman.’

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dalam satu kenyataan sebelum ini mengesa agar penganjur yang ingin mengadakan perhimpunan atau demonstrasi di Kuala Lumpur supaya mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak DBKL dan PDRM.

 

“Buat masa ini kita tidak ada menerima sebarang permohonan dan kita tidak akan benarkan demonstrasi jika tiada permohonan tempat yang ingin dibuat oleh penganjur.

 

“Setiap demontrasi dan perhimpunan itu hanya akan menjejaskan kemudahan dan aliran lalu lintas. Ini hanya merugikan kepada pihak penganjur kerana daripada orang ramai yang menyokong bertukar menjadi tidak menyokong,” katanya sebelum ini.

 

Ahmad Phesal turut memohon agar pihak penganjur meneliti perkara tersebut agar tidak menganggu ketenteraman orang ramai.

 

 

 

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

One thought on “Video: ‘Bertempur’ Dengan Polis, Peserta #KitaLawan Ditahan Awal Pagi Tadi

  • March 29, 2015 at 2:39 pm
    Permalink

    …tangkap sahaja orang2 yang tak tahu undang2 macam mereka ini….negara x memerlukan orang2 yg x cerdik berada di negara ini dan menghuru harakan negara…mereka ini x ada kerja lain nak buat sedangkan majoriti rakyat malaysia ada byk perkara lg yg nak dilaksanakan..drp buat2 perkara yg x berfaedah spt ini….cara spt ini tidak sekali-kali akan berhasil utk menyatakan pendirian…sekadar mencari publisiti murahan dan syok sendiri spt ini adalah amat memalukan….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.