Rafizi Ditahan Polis

Kuala Lumpur – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi ditahan polis hari ini di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung perhimpunan #KitaLawan yang dijadualkan berlangsung esok (Sabtu).

 

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi mesej Whatsapp.

 

Ini merupakan kali kedua Rafizi ditahan di bawah akta berkenaan.

 

Menurut Fahmi, Ahli Parlimen Pandan itu telah ditahan di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

 

Fahmi juga memaklumkan bahawa, Rafizi telah ditahan berhubung surat pekeliling yang diedarnya mengenai perhimpunan #KitaLawan pada 28 Mac.

 

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR itu, sebelum ini pernah ditahan polis pada 7 Mac selepas membuat laporan isu yang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.