Nico Rosberg Guna Tuala Wanita

Kuala Lumpur – Pelumba Formula 1, Nico Rosberg menemui satu penyelesaian unik bagi menangani masalah kepanasan dan kelembapan cuaca di Grand Prix Formula One Malaysia, iaitu dengan memakai tuala wanita dalam topi keledarnya.

 

Pemandu Jerman dari pasukan AMG Petronas itu mendedahkan, beliau menggunakan tuala tersebut untuk menahan peluh dari memasuki matanya – satu taktik yang boleh memberi kelebihan padanya hujung minggu ini.

 

“Saya ada masalah dengan mata saya apabila banyak berpeluh, sebab itu saya meletakkan ‘penahan peluh’ tersebut,” Rosberg memberitahu Sky Sports.

 

“Saya menempek tuala wanita itu di dahi saya sebelum memakai topi keledar, supaya peluh saya diserap,” katanya lagi.

 

Terbukti, suhu 30 darjah Celcius di litar perlumbaan tidak menjadi masalah bagi Rosberg setelah beliau mencatat masa terpantas pada sesi latihan pertama pada Jumaat. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.