Messi Terlepas Latihan Bersama Argentina

Buenos Aires – Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) mengesahkan bintang mereka, Lionel Messi telah terlepas sesi latihan pada Khamis, bersama pasukan kebangsaan.

 

Terdapat kebimbangan bahawa pemain Barcelona itu mengalami kecederaan kaki, tetapi pemeriksaan perubatan dengan pasukan kebangsaan mendakwa dia dapat cergas dalam perlawanan menentang El Salvador dan Ecuador, lapor portal sukan Goal.com.

 

Bagaimanapun, AFA sendiri telah menimbulkan persoalan berkenaan kecergasannya apabila mengumumkan Messi tidak akan berlatih dengan pasukannya.

 

“Lionel Messi tidak menyertai kumpulan latihan hari ini.

 

“Dia tinggal dan hotel dan berlatih berasingan di gimnasium,” menurut kenyataan AFA di akaun Twitter.

 

Peminat Barcelona sedikit gusar dengan harapan kecederaan itu mampu pulih sepenuhnya dalam masa terdekat kerana kempen liga yang menghampiri dua bulan terakhir.

 

Messi melalui musim luar biasa pada 2015 bersama Barcelona, dengan memimpin kelab tersebut mara ke suku akhir Liga Juara-jura, mendahului La Liga dengan empat mata di hadapan Real Madrid dan berjaya ke perlawanan akhir Copa del Rey.

 

Sementara itu, Argentina turut mengharapkan Messi mampu pulih agar tidak merencatkan persediaan mereka untuk Copa Amerika di Chile, pada musim panas ini.

 

Bagi meredakan harapan peminat kepadanya, Messi telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya pada Rabu yang mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberikan sokongan kepadanya.

 

“Saya sihat, terima kasih banyak untuk semua sokongan menakjubkan yang anda berikan kepada saya.

 

“Saya sihat, terima kasih banyak untuk semua mesej sokongan yang anda telah hantar kepada saya.“

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.