Enam Ditahan Belasah Penguatkuasa DBKL

SHAH ALAM – Polis menahan enam penyokong #KitaLawan kerana melakukan keganasan terhadap penjawat awam dalam kejadian di Dataran Merdeka semalam.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya mengesahkan perkara itu.

 

“@KBAB51: @PDRMsia malam tadi telah tangkap enam ahli kumpulan haram KitaLawan di Dataran Merdeka yang telah mengganas dgn membelasah penguatkuasa DBKL.

 

“Inikah perhimpunan aman?” katanya.

 

Dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tapak duduk bantah #KitaLawan telah diserbu polis dan DBKL kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.

 

“Dipercayai enam orang telah ditangkap polis termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpamg Pulai, Tan Kar Hing di Dataran Merdeka,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp semalam. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.