Dunga Puas Hati Aksi Brazil

Paris – Jurulatih Brazil, Dunga gembira dengan watak yang ditunjukkan oleh pasukannya ketika mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perancis 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Paris pada Khamis, meneruskan aksi impresif yang konsisten selepas mimpi ngeri di Piala Dunia.

 

Pasukan Brazil menunjukkan kebangkitan yang baik, walaupun ketinggalan satu gol melalui tandukan Raphael Varane pada separuh pertama, dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Stade de France, Paris.

 

Tidak menunggu lama, Brazil menyamakan kedudukan melalui Oscar sebelum separuh masa pertama tamat, diikuti dengan gol daripada kapten pasukan, Neymar dan Luiz Gustavo ketika aksi babak kedua yang memastikan kemenangan Brazil di tempat lawan.

 

Brazil kini telah memenangi tujuh perlawanan persahabatan berturut-turut sejak Dunga dilantik sebagai jurulatih untuk kali kedua tahun lepas bagi menggantikan Luiz Felipe Scolari, yang dipecat selepas membimbing pasukan ketika diaibkan 7-1 kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia di tempat sendiri.

 

Kemenangan menentang pasukan Perancis ini boleh dikatakan menjadi kemenangan yang terbaik untuk Dunga, ketika dipanggil untuk membimbing pasukan ini buat kali kedua.

 

“Ia adalah sukar untuk bermain di sini (Perancis) dalam stadium yang penuh sesak. Dalam bola sepak anda menang dan kalah, tetapi ia sentiasa baik untuk menang melawan pasukan yang kuat seperti mereka,” kata Dunga, yang telah mengembalikan memori di mana beliau menjadi kapten ketika final Piala Dunia 1998, dengan Brazil menewaskan Perancis 3-0.

 

“Kami perlu menang dan bermain dengan baik, dan pasukan bermain dengan baik. Kami bermula dengan pantas dan menguasai bola, tetapi bukan semuanya sempurna.

 

“Kami membuat kesilapan yang boleh dielakkan. Kita tahu bahawa Perancis adalah sangat tajam melalui set-pieces, kami sedikit goyah di awal permainan.

 

“Tetapi sebaik sahaja memperbetulkannya, kami temui keseimbangan yang membantu kami menang perlawanan ini,” kata Dunga.

 

Dunga sedang membina semua pasukan Brazil untuk fokus menghadapi Copa America di Chile pada bulan Jun.

 

Hanya dua orang bermula dalam kesebelasan utama menentang Perancis, iaitu Oscar dan Luiz Gustavo berada dalam kesebelasan utama ketika kekalahan mengaibkan kepada Jerman walaupun enam pemain dalam pasukan ini turut berada dalam skuad Piala Dunia pada tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.