Dua Perisik Korea Selatan Ditahan

Seoul – Korea Utara mengesahkan pihaknya menahan dua ejen perisik Korea Selatan yang mengumpul maklumat untuk negaranya, lapor Reuters.

 

Agensi berita rasmi Korea Utarra, KCNA memberikan butiran dua lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kim Kuk-Gi dan Choe Chun-Gil dan disifatkan sebagai ‘pengganas kejam’ yang didapati beroperasi dari pangkalannya di Bandar Dandong.

 

“Mereka bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam kempen anti-DPRK (anti-Korea Utara) yang dianjurkan oleh perisikan Amerika Syarikat dan Perkhidmatan Rahsia Korea Selatan (NIS),” lapor KCNA.

 

Kedua-dua perisik berkenaan ditahan ketika menghadiri satu ‘sidang media’ di Pyongyang, yang dihadiri kumpulan pemberita dan diplomat asing.

 

Di Seoul, NIS berkata, tuduhan bahawa dua lelaki itu bekerja untuk agensi berkenaan adalah sama sekali tidak berasas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.