‘Diusik’ Jin Ketika Tidur Di Surau

DIGANGGU jin ketika tidur bukanlah perkara aneh, kerana adakalanya kita berkongsi ‘tempat tinggal’ dengan mereka, mana tahu kemungkinan tempat berteduh kita itu ‘kediaman’ mereka.

 

‎Itulah yang berlaku kepada penulis ketika ‘tumpang berteduh’ di sebuah surau di sebuah daerah di Perak baru-baru ini.

 

Penulis yang ketika itu, menemani ayah yang terlantar sakit terpaksa bergegas mencari tempat tidur.

 

Memandangkan sudah lewat malam dan terlalu letih selepas ke hulu ke Hilir menguruskan urusan masuk wad, penulis memilih untuk baring sebentar di sebuah surau untuk menghilangkan lelah.

 

Penulis memilih surau berkenaan untuk berehat sebentar kerana ingin menunaikan solat fardu.

 

Sebaik sahaja penulis melelapkan mata, penulis merasakan ada sesuatu yang menolak sehingga tersedar, namun ‘cubaan’ itu penulis rasakan hanya satu mainan tidur.

 

Lantas, penulis mengambil keputusan untuk menyambung semula tidur, namun sebaik sahaja ingin melelapkan mata, penulis merasakan badan penulis digoyang dan ada sesuatu yang menghempap di badan penulis.

 

Terkejut dengan kejadian itu, penulis lantas bangun untuk mengambil wuduk dan membaca ayat Kursi.

 

Menyedari kemungkinan tempat tidur penulis itu mungkin ‘tempat seseorang’ penulis akhirnya mencari tempat tidur lain.

 

Namun, alhamdulillah selepas bertukar tempat tidur, penulis berjaya tidur sampai Subuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.