Dapat RM1 Juta, Che Ta Harap Tiada Isu

Selain semakin berseri-seri, nampaknya rezeki pelakon jelita Rozita Che Wan juga semakin bertambah sejak berhijab.

 

Selebriti yang juga dikenali sebagai Che Ta mengakui ada menerima tawaran bernilai RM 1 juta dari sebuah jenama pengeluar tekstil terkenal untuk menjalankan kempen pengiklanan bersama mereka selama tiga bulan.

 

“Ya, memang betul tapi saya tidak terima jumlah berkenaan dalam bentuk wang tunai sepenuhnya. Ia sebenarnya merangkumi beberapa produk dan wang tunai yang merangkumi nilai tersebut,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

 

Che Ta yang kini sedang berada di Jepun, meluahkan harapan supaya orang ramai tidak menjadikan angka tersebut sebagai satu isu kerana ianya melibatkan tiga jenama di bawah pengurusan jenama tekstil terkenal tersebut yang dijalankan bersempena perayaan Aidilfitri kelak.

 

Saya harap sangat orang tidak salah faham sebab bukan saya dapat wang RM1 juta, tapi kontrak itu sahaja yang menyamai nilai tersebut.

 

“Nanti orang dengar angka itu, tak pasal pasal kena cari pula,” tambahnya lagi yang turut tidak menyangka masih mampu terima tawaran sebegitu.

 

“Pada mulanya saya memang terkejut dengan tawaran itu dan dalam masa yang sama teruja sangat sebab rezeki ini membuktikan artis bertudung pun masih ada tempat untuk mendapat kontrak sebesar ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.